click heartbeat...

cerita lama

Related Posts with Thumbnails

jom ikut saya

Khamis, 1 April 2010

Lantai Pelvik

otot pelvik.. aku copy paste utk bacaaan aku n sape sape yg nk baca silasila..amik tempat masing masing.jgn malu malu

Bagaimana cara untuk mengenalpaslti Otot Lantai Pelvik anda

Langkah pertama sebelum memulakan senaman Otot Lantai Pelvik ini adalah dengan mengenalpasti otot tersebut. Adalah sukar untuk anda mengenalpasti sama ada otot tersebut berfungsi ataupun tidak apabila otot-otot anda dalam keadaan lemah. Ianya mungkin memerlukan anda melakukan beberapa percubaan untuk mengetahui kedudukannya. Anda digalakkan untuk tidak menggunakan otot perut, punggung atau kaki dalam penggunaan kaedah di bawah.

* Kaedah 1 – Anda boleh mengenalpasti otot tersebut dengan memberhentikan pengaliran air kencing. Apabila ia berhenti, maka anda telah menggunakan otot tersebut. Nota: Memberhentikan pengaliran urin adalah cara untuk mengenalpasti otot tersebut. Anda tidak digalakkan membuat senaman tersebut ketika membuang air kecil.

* Kaedah 2 – Satu lagi cara untuk mengenalpasti otot lantai pelvik adalah dengan mengetatkan bahagian hujung dubur anda (pada gerakan akhir ketika membuang air besar). Hal ini adalah kerana otot-otot tersebut adalah daripada kumpulan yang sama, otot di bahagian dubur selalu berfungsi bersama-sama otot di pundi kencing anda.

* Kaedah 3 – Penekanan otot lantai pelvik yang tepat akan menolaknya ke atas. Anda boleh menggunakan cermin tangan untuk melihat pergerakan otot apabila melakukan senaman ini.

Melakukan senaman untuk Otot Lantai Pelvik anda

Senaman otot lantai pelvik boleh dilakukan dengan aktivit-aktivit yang lain seperti menonton televisyen, menyeterika baju, malah ketika anda rileks menjadikan rawatan untuk pundi kencing ini antara yang tidak menyusahkan dan efektif.

Otot lantai pelvik anda memerlukan berbagai-bagai jenis senaman untuk menggerakkannya dan antaranya adalah senaman jenis cepat, dan senaman jenis perlahan. Senaman jenis cepat adalah senaman di mana otot anda diperketatkan dengan segera kemudian kembali rileks, dan senaman jenis perlahan adalah senaman di mana otot lantai pelvik anda diketatkan dengan sekurang-kurangnya selama 10 saat kemudian kembali rileks, like cardio and weight work at the gym.
Bagaimana untuk Melakukan Senaman untuk Otot Lantai Pelvik Anda

Setiap otot lantai pelvik harus diketatkan dengan sekuat hati kerana hanya cara tersebut otot akan kembali kuat dan menambahbaikkan keadaan anda.

* Mula-mula sekali berdiri, duduk atau baring dengan kaki anda dijarakkan sedikit dan otot-otot peha, punggung dan abdomen direhatkan.
* Ketatkan otot-otot di permukaan hadapan dan belakang anda dan gerakkan otot ke atas.
* Lakukan sebanyak 10 kali secara perlahan dan 10 kali secara cepat.
* Lakukan senaman ini sekurang-kurangnya 4-5 kali sehari.
* Anda boleh lakukan senaman ini ketika menonton televisyen, membaca buku, malah ketika berada di dalam kesesakan trafik.

Nota: Ketika melakukan senaman ini:

* Jangan tahan nafas anda
* Jangan tolak ke bawah tetapi tekan dan tolak ke atas
* Jangan ketatkan otot-otot perut, punggung dan peha anda
* Jangan lakukan senaman ini terlalu kerap pada percubaan pertama, tetapi menambahkan bilangan senaman secara beransur-ansur.

creditpoise

Photobucket

2 org comel respon:

:: iManja :: berkata...

eksesais kemut ke ni?

sandal kecik berkata...

hahaha...ko nye ayat..huhu..