click heartbeat...

cerita lama

Related Posts with Thumbnails

jom ikut saya

Jumaat, 23 Disember 2011

semanis kurma - bahagiakah tanpa zuriat

alhamdulillah..dah Jumaat. semalam tengok rancangan semanis kurma di TV9.Sebelum ni tak penah tengok.hehe..tapi tajuk semalam memang menarik minat aku..

ada banyak tip yang ustazah bagi. antara nya yang aku ingat..nak salin tak sempat..hehe. tu pun aku dengar antara tak dengar sebab suara budak budak lagi bising dari tv..huhuhu

1) rajin minum air suam dengan madu asli >> dulu aku cuba makan madu dengan serbuk kayu manis ..itu pun bagus untuk merangsang pembesaran telur kita.InsyaAllah.
2) bersedekah setiap hari Jumaat
3) Baca surah Al-Waqiah selepas solat Subuh
4)Baca surah Al-Mulk selepas solat Maghrib
5)Banyakkan sedekah pada bayi baru lahir

Memang banyak tip yg ustazah & ustaz panel jemputan tu bagi,
tapi yang paling menarik di hati aku apabila ustaz tu cakap :

Ustaz Syed
 - ramai tak tau apa sebnr nya bahagia.., bukan bahagia sebab anak saja..ada yang ingat sbb pangkat..duit banyak.. tapi ada gak yang ada ramai anak tak bahagia. harta banyak pun masih tak bahagia.

Firman Allah dalam surah Al Baqarah, ” Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.”
Aku lebih berpegang kepada maksud surah di atas..Allah tau kita tak mampu nak urus kan anak..sebab tu Allah tak perkenan kan doa kita.
Mungkin tak dapat anak dalam masa 5 tahun...lepas 5 tahun mungkin insyaAllah



Photobucket

Khamis, 22 Disember 2011

Newborn baby- ahli keluarga baru

alhamdulillah..tanggal 20.12.2011 cantik date kan....iolss hihik..dapat ahli keluarga baru
baby girl..nama dia panggil Aimy..ada nama penuh dia..kat FB ada..Kelesss ko aimy..eh tiba tiba. haha

comel kan..ni lah dia anak sedara aku yang we all tunggu tunggu selama 7 tahun ni...anak abang aku yg no dua. dulu we all kawen tahun yang sama cuma beza bulan je..aku bulan dua..dia bulan 5. baru sekarang di kurnia kan cahaya mata.

.alhamdulillah..syukur sangat. masa dpt tau isteri dia mengandung dia call smua org.eksaited kan.sangat gembira jugak kami...kalau tak salah aku , SIL aku ada fibroid kot..lps je treatment kat spital serdang..operate buang fibroid tu..terus mengandung..syukur sangat kan.

. Photobucket

Khamis, 15 Disember 2011

burger adik

amni ni kelakar tau.gelagat dia wat kita tergelak....tapi kuat merajuk.bbsitter pun cakap macam tu.kalau nak pujuk kalau dia dah menangis ya Allah...payah betul. kalau boleh jangan lah bagi dia menangis..nnt orang sebelah ingat kita dera anak pulak.
 
hari tu beli burger. dia satu.abang dia satu. dia dah makan abis..dia tengok abang dia makan lagi. abang dia memang makan slow menghayati makanan kita orang cakap..hehe
 
Pastu amni tanya , " mana berger adik..mana berger adik ..sambil marah mencari cari "
 
kita org..hah ?..adik..adik berger dalam perut adik lah..dia tak percaya..sambil nangis nangis tanya lagi...mana berger adik..mana berger adik..
 
..aduhai adik..sabar je lah dik...

Rabu, 14 Disember 2011

kontena

morning rabu... tau tak kontena..ini kontena
tapi kalau kat sarawak, kontena ada lah yang macam ni..ehehe
aku ingat lagi masa baru sampai semenanjung..mula duk sebut kontena kontena orang macam tak faham keekeke...tapi betui ape..kalau tak kan lah label kat "tupperware" tu letak container kan..kann kan... p/s miss dengan kawan kawan sarawakian masa study dulu.kadang time we all bergebang kadang keluar perkataan kelakar kelakar apabila tersalah bahasa sarawak dengan budak budak semenanjung... contoh : cepat..cepat lah tikam ke bawah pen tu...hahahaha..hahaha...banyak lagi lah.. Photobucket

Selasa, 13 Disember 2011

Lovebites

salam selasa.. pagi pagi ni terasa malas nak bangun pagi.pasal dah cuti isnin hehe..syok betull..lagi dua minggu cuti lagi..krismas plak .Isnin lagi kan..

ni tengok..sempena cuti aritu amni bagi aku lovebites...aduh bisa pedih smua ada.sampai hari ni ada lagi lebam nya..
sakit tau.. Photobucket

Jumaat, 9 Disember 2011

citer amni jugak..

Salam khamis

Citer tentang Amni...aritu kan nk ajar dia potty training.sebnr nya tak berjaya sangat pun..kekekeke..on off. sebab aku tak larat.sekarang amni dah DUA TAHUN DUA BULAN

 amni dia tak macam akmal. dia cepat bercakap..dia faham..tapi wat wat tak faham. nak kencing berak smua dah pandai bgtau.tapi tak larat nak layan dia setiap dan dan tu nak kencing..nak yak..nak bukak pempers .nak berak..a.k.a kencing bagi dia.  padahal baru ke kluar dari toilet..pitam mama dia..melayan.kekekeke..

tapi dua tiga hari lepas aku ajar dia berak .aku cakap..amni..kalau nak berak..u-uh...bgtau mama..masa dalam minggu lepas aku tengok taim dia berak pukul berapa ..so setiap kali jam berapa tu aku cpt cpt perhati dia.agak agak macam nak meneran tu aku cpt cpt bawak dia p toilet.


 sekarang ni dh takde bau bauan umah dgn taik busuk adik...yeyeeeeeeeeeee..dia sudah boleh nak bgtau nak berak....senang hati mama ..abah pun tak yah tutup2 hidung dah nak buang pempers busuk lagi..oh senang nya hati...


. Photobucket

Selasa, 6 Disember 2011

akmal dan beg sekolah

salam.....selasa

bukan main lagi tajuk..macam la anak aku sorang je ada beg skolah kan.. hehee..next year InsyaAllah Akmal akan bersekolah tadika...dkt area umah pengasuh dia je..malas aku nak pikir dia macam mana nanti bila duk sekolah.

malas maksud aku tu..aku tau anak aku macam mana.kalau boleh biar dia bersekolah dengan suka hati sebab kat situ nanti ada anak pengasuh sekali.so takde lah macam terkujat menangis makan masa lima nam hari.

.jenuh weh kalau gitu..at least dia dah ada member so senang la tugas mama abah nya. bukan nya nak lepas tangan..tapi hanya kita yang tau anak kita macam mana kan..biar dia belajar dengan hati yang senang. kita pun senang hati..

so sementara tu kita orang beli kan dia beg sekolah dulu.bagi dia semangat nak ke sekolah giteww...hehe..sejak beli beg ni ke mana mana dia bawak je beg dia..even ke umah pengasuh pun..sampai kan anak pengasuh pun terpengaruh nak jugak beg sekolah. senang macam ni.kalau semua nak beli bulan depan harus la banyak duit nak pakai..beli dulu sikit sikit...kan kan..

abaikan panorama yang sangat indah...fokus kat akmal dan beg je tau heheh  

pagi d umah pengasuh..









Photobucket